CLOTH PAD_INFO

Assalamualaikum wr. wb. & salam sejahtera...

Di sini admin nk perkenalkan & mengajak para wanita/remaja perempuan utk mencuba sesuatu yg baru yg lebih alami khususnya apabila kedatangan period iaitu CLOTH PAD (pad kain moden).

Apa itu CLOTH PAD?
Sebelum admin perihalkan apa itu CLOTH PAD jom kita imbas kembali bgmn mak2,kakak2 kita dulu-dulu hanya pakai kain sewaktu dtg bulan (period) kan? Di awal2 abad ke-19, ke-20 (mgkin sblm tu lg) sblm tercetusnya pads pakai buang...kaum wanita sdh lm mengamalkn cara pemakaian kain.

Cloth pad @ secara ringkasnya CP merupakan tuala wanita yg direka khusus sewaktu kedatangan haid. Diperbuat drpd fabrik yg boleh menyerap cairan serta selamat n selesa utk bhgian intim wanita.  CP dicipta bg menggantikan pad pakai buang dalam menyokong persekitaran alam sekitar yg lebih baik utk masa hadapan. Kalau dahulu nenek moyang kita menggunakan kain batik sbg alas semasa kedatangan haid kini pemakaiannya/penggunaannya sama seperti pad pakai buang cuma teknik pembuatannya lebih moden menggunakan kain/material yg sesuai sbg medium yg lebih alami utk bhgian INTIM wanita khususnya.

Sebagaimana pad pakai buang, penggunaannya jg ada limit masa bergantung pd aliran setiap individu. Kalau gn dispo.pad kita disarankn pakai tak lebih dr 6 jam, hal demikiannya sama shj dgn pad kain moden ini. Perlu diganti dlm tempoh masa tertentu dan jika aliran berat disarankan utk tukar dgn kerap bg mengelakkan berlaku kebocoran. Bezanya, pad kain moden boleh DIBASUH n DIPAKAI ULANG. Jimat utk wang anda tiap2 bln jg kan? Duit yg dulunya spend for dis.pad boleh alirkn pd perbelanjaan perlu yg lain.

Jika anda memakai pad kain moden ni anda tak perlu risau akan adanya bau sbb ianya dibuat dgn kain yg ada ruang udara utk bernafas berbanding pad pakai buang yg dicipta menggunakan gel sebagai penyerap cairan berserta bhn kimia yg mn gabungan bhn kimia yg mungkin membahayakan ini akan melepaskan wap kimia saat basah. Sebab itu kalau pakai pad pakai buang kkdg semacam ada bau kerana bhn kimia yg ada dlm dispo pad bertindak balas dgn darah haid..

Selain itu, anda tak perlu risau akan kebocoran walaupun pad kain moden diperbuat drp kain kerana terdapat lapisan bawah kain yg mencegah kebocoran tetapi tetap memberi pengaliran udara (breathable). Bukankah ini lebih ALAMI selain dari memberi kesihatan dan kebersihan sekitar bhgian intim wanita?

Risau pakai nanti tak TEBAL? Pad kain moden tidaklah terlalu tebal seolah2 anda melipat-lipat2 kain utk elak kebocoran (mcm lipat kain tuala Good Morning/kain batik perca tu_kenal tak?) kerana telah direka utk menampung cairan pada tahap tertentu serta penggunaan kain serapan cairan yg khusus.

Darah Haid tidak mengumpul bakteria jika menggunakan pad kain? darah haid adalah steril dan tidak kotor. Darah mudah dicuci dari kain. Tuala wanita plastik sebenarnya tidak sihat kerana ia mencipta persekitaran yang lebih panas (dengan menjebak haba dan menghalang aliran udara) dan yang lebih cepat menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gatal dan ruam.

Bonus anda dapat adalah secara tak langsung menyumbang kpd bumi hijau dgn mengurangi sampah pad pakai buang. Pad kain moden menjurus ke arah kesihatan wanita kerana material yg digunakan jg adalah antibacterial.



p/s: Some info are credited to these websites:
>>> Kenapa anda harus bertukar pd cloth pad? Ambil masa sikit layari @ klik sini:

No comments:

Post a Comment